Thursday 17 November 2011

Depan aku kau caci dia, belakang aku KAU CINTA DIA

Dulu aku sering terfikir kenapa aku tidak dikurniakan seorang sahabat yang betul-betul boleh aku percaya dan luahkan segala masalah. Melihat hubungan baik antara Aqilah dan Syira, buatkan hati aku sentiasa terdetik alangkah baiknya kalau dikurniakan seorang sahabat yang setia. Tinggal dirumah sewa tanpa dikelilingi keluarga terasa begitu asing. Namun penantian itu berakhir tatkala Miya masuk menyewa ke rumah sewaku.
Miya....menjelaskan perwatakan dia memang tidak dinafikan dia seorang yang cantik. Usianya sebaya denganku dan bekerja sebelah dengan pejabatku. Hubungan aku dengan Miya agak rapat apatah lagi dia hadir tatkala aku memerlukan seorang insan bernama sahabat untuk berkongsi suka dan duka. Hampir sebulan mengenalinya, aku dapat rasakan kami ada keserasian. Perangai 'gila-gila' Miya sering membuatkan aku ceria. Lebih membuatkan kami berdua akrab, rupa-rupanya Miya satu kampung dengan teman lelakiku yang bekerja tidak jauh dari pejabat kami.
Dengan Miya lah aku sering mengorek rahsia Adly, buah hatiku. Jika diikiutkan hubungan aku dengan Adly sudah terjalin hampir setahun. InsyaAllah hujung tahun ini kami merancang untuk mengikat tali pertunangan. Aku sendiri tidak pernah menyangka lelaki setampan Adly boleh tertarik dengan gadis kampung seperti aku. Namun aku tetap bersyukur kerana dia seorang lelaki yang baik. Atas kesempurnaan itu aku tidak menafikan Adly diminati ramai wanita. Malah Miya seboleh-bolehnya dia ingin mencari teman lelaki seperti Adly. Adly kacak dan berjawatan tinggi. Cuma apa yang tidak sedap didengar, sering kali aku mendapat perkhabaran yang kurang baik bila bertanyakan soal Adly pada Miya.

Wednesday 9 November 2011

Tanda-tanda Lelaki Menolak Cinta Kamu!!!

Walau perlahan tapi pasti, seorang lelaki berjaya mencuri hati kamu. Namun sayang, sekian lama menunggu, se dia masih tidak mengucapkan kata-kata cinta walaupun kamu sering beri perhatian khusus untuknya. Cuba fikirkan semula, kemungkinan cinta kamu sebenarnya hanya bertepuk sebelah tangan. Berbeza dengan perempuan, lelaki selalunya agak sukar menolak perhatian yang diberikan oleh perempuan walaupun mereka sebenarnya tidak suka. Oleh itu, supaya kaum hawa terhindar dari situasi tersebut, perhatikan tanda-tanda penolakan yang lelaki berikan seperti berikut :

Thursday 27 October 2011

Kenapa Perempuan Masih Single??

  • PARAS RUPA
    - Memang tidak dinafikan paras rupa sesorang individu itu penting. Kebiasaannya kebanyakkan lelaki akan melihat pada paras rupa seseorang terlebih daluhu. Sekiranya sudah tertarik pada personaliti perempuan tersebut, barulah lelaki akan bertindak selebihnya untuk mengenali hati budi masing- masing. Namun, jangan sesekali merasakan anda tidak cantik. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Kecantikan itu adalah subjektif. Lain individu lain citarasanya. So...setiap kita adalah unik!

  • PENAMPILAN DIRI
    - Penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai pakaian yang selekeh, comot dan agak berbau...tidak mustahil susah untuk mereka dekati. Walaupun tidak cantik tetapi sentiasa kemas dan bersih akan menyebabkan anda lebih mudah untuk didampingi. Tidak perlu untuk pakaian yang mahal-mahal dan berjenama tetapi biarlah bersih, kemas serta bersesuai dengan keadaan sekeliling. Janganlah pula ketika menziarahi pengkebumian anda pakai seluar jeans or mini skirt.

Aku Menyesal Kahwin..........

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Saturday 22 October 2011

Cerpen...Alia Areena

Kata orang mencintai tak semestinya memiliki. Memiliki juga tak semestinya dicintai. Tapi kalau cinta itu ikhlas dan suci berbekalkan restu Yang Maha Mencintai, kita akan memiliki apa yang kita cintai dan kita akan dicintai oleh yang memiliki. Jadi seharusnya kita ikhlas dalam mencintai jua memiliki.
“Aku terima nikahnya Alia Areena binti Ahmad Abdan dengan mas kahwinnya RM100 tunai”
Dengan hanya sekali lafaz sahaja aku kini bergelar isteri kepada Adam Harris bin Luqman Hakeem. Menitis mutiara jernih dari tubir mataku. Terharu tatkala dahi dikucup suami tercinta dalam majlis membatalkan air sembahyang.
Majlis persandingan berlangsung dengan sangat meriah. Semua sahabat ayah dan ibu hadir menyaksikan persandingan puteri bongsu mereka. Walaupun letih yang teramat sangat,tapi ku dapat lihat betapa gembiranya ibu dan ayah apabila aku dijodohkan dengan lelaki yang baik budi pekerti dari kalangan keluarga yang baik keturunannya. Gembira benar mereka kerana yakin kebahagiaan aku pasti terlakar nanti.
Malam itu, aku dan Adam Harris, solat Isya’ bersama-sama buat pertama kalinya sebagai suami isteri. Kalau dulu kami selalu juga solat bersama, tapi hanya sebagai abang dan adik angkat.

A.K.U

Ini kisah hidup aku...
Bermula dari aku mula-mula bercinta. Masa tu aku sekolah menengah dan tinggal di asrama. Adalah lumrah kehidupan, remaja mempunyai perasaan untuk disayangi dan menyayangi. Aku pon tak terkecuali diantara mereka-mereka tu. Ini boleh dikatakan cinta monyet. Aku bercinta dengan seorang lelaki sebaya yang sekolah sama dengan aku. 3 tahun hubungan aku dengan dia. Aku gelarkan nama dia Shah. Aku akui, mungkin membosankan bagi sesiapa yang bercinta dengan aku kerana aku ni bukanlah seorang perempuan yang agak sosial. Aku bukanlah jenis perempuan yang boleh dipegang, dipeluk, dibawa ke sana ke mari tapi aku ni tidaklah warak mana pon. Aku ni takde lah pakai tudung labuh jubah bagai. Aku still pakai seluar jeans, tshirt. Kalau orang yang tidak mengenali aku mungkin menganggap aku ni mesti mempunyai kekasih hati dan sama seperti segelintir gadis-gadis diluar sana, namun aku masih kenal halal haram sesuatu perkara itu.

Friday 21 October 2011

8 PETUA HILANGKAN JERAWAT


Petua 1

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. sapukan campuran tadi pada wajah anda sebelum tidur. Sekiranya anda nerasa pedih, itu adalah sementara. Kemudian, ambil beberapa asam keping dan rendam dengan air panas. Setelah sejuk atau suam, basuh muka dengan air tersebut. Ambil asam keping yang direndam tersebut ke seluruh muka anda terutamanya pada tempat yang berparut/ berjerawat tersebut. Ini dilakukan pada keesokkan harinya. Biarkan beberapa minit, kemudian basuh muka dengan air biasa. InsyaAllah muka anda akan menjadi lebih bersih.

Petua 2

Campurkan beberapa sudu ubi kayu dengan air asam jawa. Kemudian sapukan ke muka anda. Amalkan ini sepertimana anda memakai bedak sejuk. Hasilnya muka anda akan menjadi lebih lembut dan cerah serta tidak berjerawat lagi. InsyaAllah..

Petua 3

Basuh muka dengan air suam. Kemudian gosoklah muka dengan tomato masak dan dibiarkan kering sendiri. Setelah benar-benar kering, bilah muka dengan air suam.