Saturday 22 October 2011

A.K.U

Ini kisah hidup aku...
Bermula dari aku mula-mula bercinta. Masa tu aku sekolah menengah dan tinggal di asrama. Adalah lumrah kehidupan, remaja mempunyai perasaan untuk disayangi dan menyayangi. Aku pon tak terkecuali diantara mereka-mereka tu. Ini boleh dikatakan cinta monyet. Aku bercinta dengan seorang lelaki sebaya yang sekolah sama dengan aku. 3 tahun hubungan aku dengan dia. Aku gelarkan nama dia Shah. Aku akui, mungkin membosankan bagi sesiapa yang bercinta dengan aku kerana aku ni bukanlah seorang perempuan yang agak sosial. Aku bukanlah jenis perempuan yang boleh dipegang, dipeluk, dibawa ke sana ke mari tapi aku ni tidaklah warak mana pon. Aku ni takde lah pakai tudung labuh jubah bagai. Aku still pakai seluar jeans, tshirt. Kalau orang yang tidak mengenali aku mungkin menganggap aku ni mesti mempunyai kekasih hati dan sama seperti segelintir gadis-gadis diluar sana, namun aku masih kenal halal haram sesuatu perkara itu.
Walaupun pada ketika itu aku hanyalah bercinta monyet tapi aku sayang sangat Shah sebab dialah lelaki pertama yang bertakhta dekat hati aku ini. Tak dinafikan sepanjang 3tahun perhubungan aku dengan dia memang agak membosankan kerana kami jarang keluar date dan dia tidak dapat pegang-pegang aku sepertimana kawan-kawannya lakukan pada kekasih mereka. Tiba-tiba suatu hari aku dikhabarkan berita megenai kecurangan dia dengan kawan aku sendiri. Betapa sakitnya hati aku ketika itu dan lebih memedihkan apabila kawan aku tu tikam aku dari belakang. Nor kawan yang selama ini agak rapat denganku. Kami merupakan kawan sepasukan dalam Bola Tampar sekolah. Perkara itu yang membuatkan aku amat kecewa hingga menyebabkan aku demam. Namun pada masa itu aku tidak mahu dikatakan hanya mendengar sebelah pihak. So aku pergi berjumpa dengan Shah dalam keadaan air mata yang mengalir tanpa berhenti. Setelah aku tanya satu persatu perkara yang aku dengari itu, dia mengakui kesilapan yang dia lakukan kepada aku ketika itu. Shah benar-benar rasa bersalah dan minta maaf kepadaku. Dia mintak supaya aku bagi dia peluang untuk kali kedua. Disebabkan pendapat kawan-kawan dan rasa sayang aku dekat Shah, aku beri dia peluang kedua. Namun selepas itu hubungan kami hanya bertahan selama 10 bulan kerana Shah mengatakan dia bosan dengan aku. Dia tidak dapat rasa untuk pegang tangan aku dan bawa aku bersiar-siar. Hanya disebabkan itu??Kalau dia rasa bosan dengan aku sebab tidak boleh dipegang, tidak boleh dibawa sana sini,kenapa hubungan kami boleh bertahan hingga 3tahun?kenapa bila makin tebal perasaan sayang aku dekat dia baru dia buang aku?kenape???Disebabkan terlalu kecewa dan sakit hati aku pada ketika itu, aku terima sahaja keputusan untuk putus. Tidak sedikit pon aku merayu kepada dia untuk teruskan hubungan kami dan tidak terlintas juga untuk aku turutkan permintaan Shah. Di depan Shah aku tunjukkan yang aku bahagia, aku tunjukkan yang aku boleh hidup tanpa dia di sisi tapi dalam hati hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati ini. Selepas putus, aku lansung tidak bertegur dengan dia malah bermasam muka. Walaupun begitu, aku masih lagi berharap pada Shah tapi aku sendiri tidak pasti apa yang aku harapkan ketika itu. Beberapa bulan selepas itu aku pindah sekolah ke sekolah lain. Aku mulakan hidup baru disekolah dan suasana yang baru. 5 tahun aku tutup pintu hati aku ni untuk insan bernama lelaki walaupon pada ketika itu ade lelaki yang 'usha' aku tapi hati aku tak terbukak untuk mereka. Pernah member-member suruh aku balas saja salam perkenalan dari lelaki-lelaki tersebut namun tak tergamak rasanya untuk aku memainkan perasaan mereka. Aku tak nak menjadi hipokrit yang hanya berpura-pura suka tetapi hakikatnya kosong. Aku hanya boleh menganggap mereka kawan. Namun perubahan yang berlaku pada aku selepas putus dengan Shah, aku menjadi lebih kerek dan sombong dengan lelaki. Automatik jadi macam tu. Aku sendiri tak tahu kenapa boleh jadi begitu. Aku tidak seceria dulu yang suka bergurau, slumber dan gile-gile dengan kenalan lelaki. Tapi Alhamdulillah aku masih belum tahap anti-lelaki dan menyukai kaum sejenisku......


Selepas habis SPM, aku terjumpa Fidah kawan sekolah aku dulu yang juga merupakan kawan Shah. Lama kami berbual-bual kosong. Entah macam mana aku tak sangka, terbukak semula kisah aku dengan Shah. Shah pernah berterus terang dengan Fidah bahawa dia sayang pada aku tapi dia merasakan hanya dia seorang yang sayang padaku tetapi aku tidak. Hanya dia sahaja yang mengambil berat tentang diriku tetapi aku tidak. Dia merasakan seolah-olah dirinya hanya bertepuk sebelah tangan. Tambahan pula, sebagai lelaki ketika itu dia cair dengan godaan kawanku Nor yang lebih manja dan pandai menggoda. Lelaki mana yang tidak tergoda apabila pehanya dipegang, disuap makan, dibelai sedangkan kekasih hatinya tidak begitu. Pegang tangan pon tidak boleh apatah lagi perkara lain yang Nor buat. Yup....aku akui mungkin itu kekurangan aku. Tidak pandai pamerkan rasa sayang dan kasih aku pada seseorang yang aku sayang. Mungkin dia berpendapat itu cara untuk pamerkan rasa sayang dan kasih. Kadang kala aku rasa amat bersyukur kerana aku tidak rugi apa-apa sebab aku tidak korbankan apa-apa yang tidak sepatutnya, mungkin hanya hatiku saja yang telah berparut dek kerana seorang lelaki. Jadi, aku mengambil keputusan untuk menutup pintu hatiku. Lebih baik aku fokuskan untuk belajar.


Semasa di IPTA aku berkawan dengan lebih ramai perempuan berbanding lelaki. Kebetulan pula classmate aku ramai perempuan. So ini antara faktor yang menyebabkan aku tidak terlalu mesra dengan lelaki. Aku jalani kehidupan aku di IPTA dengan kehidupan normal seperti insan lain yang mempunyai pahit manis kehidupan. Alhamdulillah keputusan setiap semester agak memberansangkan. Pointer aku 3.5 above. Di  tahun akhir (second last sem) semasa aku cuti semester, aku sekeluarga pergi ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah. Di sana, aku bertemu dengan seorang lelaki Malaysia yang sebaya jugak denganku. Namanya Iman. Dia jugak ingin menunaikan umrah sama seperti aku. Kami merupakan dari ejen yang sama namun group Iman bertolak awal sehari ke Jeddah. Ketibaan kami di Jeddah disambut oleh group Iman. Pada masa tu lah pertama kali aku nampak Iman but my first impression, nothing. Just anggap Iman tu mesti pangkat adik dengan aku sebab dia kelihatan lebih muda dariku. Disana kami hanya berkawan dan tidak ada menyimpan perasaan apa-apa. Yang kami fokuskan adalah ibadat yang kami lakukan disana. Dia agak baik dengan keluarga aku di sana. Di sukakan kanak-kanak sama seperti aku. Dia merupakan ex-student maahad tahfiz. So...in my mind, dia seorang yang baik, yang boleh memimpin keluarganya kelak. Namun sangkaanku salah sama sekali. Setelah pulang ke Malaysia, kami berhubung melalui sms. Namun lama-kelamaan kami menjadi lebih akrab dan tidak aku sangka dia lelaki yang telah membuka pintu hatiku ini setelah 5 tahun tertutup. Kami bercinta namun tidak lama. Hanya 3 bulan. Rupa-rupanya aku ini hanyalah sandaran sementara. Tak ubah seperti kain buruk. Semasa dia berkawan dan bercinta denganku, Iman telah ditinggalkan kekasih hatinya namun apabila kekasih hati pulang semula ke pangkuannya, dia mula menjauhkan diri dan mengelak dariku. Bila aku tanya tentang perubahannya, dia hanya menjawab sibuk. Pernah satu ketika, hampir 2 minggu tidak dapat menghubungi Iman lansung. Allah itu Maha Adil, penipuan dia selama ini terbongkar. Rupa-rupanya dia sudah bercinta semula denga kekasih lamanya. Dengan melihat dress-up kekasihnya yg lebih up-to-date, cantik.....aku sedarlah sapa diri aku ni. Aku buat keputusan untuk putuskan hubungan kami tapi Iman tidak mahu lepaskan aku. Dia masih ungkapkan sayang dan rindu padaku. Apa semua ni??sayangkan aku tapi bercinta dengan orang lain. Aku tetap mendesak untuk putus. Dia pon berkeras tetap tidak mahu lepaskan aku..."kalau saya tak dapat awak, saya akan pastikan orang lain pon takkan dapat awak"...itulah kata-kata dia yang sampai ke hari ini aku tak boleh lupakan. Masa itu hanya Allah saja yang tahu betapa bengangnya aku. Aku bertekak dengan Iman. Apa yang dia mahu lakukan??rogol?bunuh?Dia kata dia takkan buat kerja bodoh tu tapi dia akan baca ayat-ayat yang boleh membuatkan aku hanya boleh jadi miliknya. Wallahualam...aku sendiri tak pasti akan kebenaran perkara tersebut. Aku hanya bertawakal pada Allah supaya lindungi aku dari perbuatan keji manusia. Dia turut merasa bosan ketika bercinta denganku kerana aku tidak sama seperti kekasihnya yang boleh dibawa kesana sini. Yang boleh dipegang-pegang. Penampilan pon lebih menarik.....Peperiksaan aku masa semester itu memang teruk. Pointer aku 3.5 below....owwwhhhh......memang tension lah masa tu. Kadang-kadang bila aku pikir balik, rasa macam bodoh aje. Disebabkan perkara macam tu, pointer aku down...tapi semester last aku pulun habis dan Alhamdulillah...great...


Aku selalu tertanya-tanya....kenapa ea???zaman sekarang ni memang perlu untuk pegang-pegang ke ketika bercinta???Memang kena tiap-tiap hari ke keluar date???Salahkah aku mempertahankan hak suami aku nanti???bagi aku...diri aku ni hanya untuk lelaki yang bergelar suami. Aku sedar aku tidaklah secantik mana. Penampilan tidaklah vouge tapi cukuplah sekadar kemas dan bersih. Aku lebih gemar untuk menjadi low profile. Selepas aku putus dengan Iman, aku rasa rendah diri yang teramat sangat. Aku jadi tidak yakin dengan penampilan diri sendiri. Entah kenapa aku sendiri tidak tahu yang lebih berminat lelaki yang agak berusia denganku tapi tidaklah terlau berusia. Mungkin sebab kematangan dalam sesuatu perkara kot. Sebelum ini, ku dikecewakan dengn 2 orang lelaki yang sebaya dengan aku, mungkin itulah antara faktornya aku lebih meminati lelaki yang lebih berusa denganku. Namun aku bertekad tidak mahu lagi untuk bercinta. Aku tidak sanggup untuk dikecewa lagi. Aku mintak pada ibuku untuk mencarikan calon jodohku namun ibuku tidak mahu kerana perkara ini bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni zaman milineum. Jodoh bukan ibu bapa yang tentukan lagi. Aku pasrah.....


Tiba pula alam pekerjaan. Sama seperti dulu, pintu hatiku tertutup lagi. Setelah masuk ke alam pekerjaan, makin ramai yang ingin menjadikan aku kekasih hati mereka tetapi aku tak tahu kenapa aku tidak boleh menerima mereka. Aku jadi musykil, kenapaklah mereka nak aku jadi kekasih hati mereka sedangkan aku ni low-profile jew. Tak cantik pon.  Aku rasa terlalu rendah diri. Aku bukanlah cantik mana. Layakkah aku dengan mereka. Semua ajakan or pelawaan untuk keluar bersama aku tolak. Macam-macam alasan aku bagi. Tidak kurang juga yang minta no telefon tapi seboleh-bolehnya aku mengelak ke topik lain. Aku jadi tak confident. Dari waktu aku belajar lagi aku mempunyai ciri-ciri lelaki idaman. Normal kot setiap individu baik lelaki atau perempuan yang mempunyai ciri-ciri pilihan hati. Lama aku mencari lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman aku tapi masih kabur....aku tidak jumpa ciri-ciri lelaki idaman aku apatah lagi ketika belajar. Entah macam mana, aku sendiri tak tahu aku terjumpa lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman aku. Ya Allah, betapa seronoknya. Lelaki itu kerja satu company dengan aku cuma kami berbeza department tapi..........lelaki tu dah kahwin. Aku jatuh hati pada suami orang??Ya Allah...jauhkanlah. Errmmmm....hakikatnya, walaupun aku cuba untuk menidakkan kata hati tapi ianya tetap suka. Hati ni tak macam mulut yang boleh ditipu. Ya......memang manusia itu menepati ciri-ciri laki idaman aku. Usia dia, ketinggian dia, kulit dia, perangai dia...hampir 90% sama. Dugaan sekali lagi. Hati aku diuji. Sumpah.....aku memang tidak ada niat dan tidak mahu merampas dan kacau rumahtangga orang sebab aku paham macam mana perasaan bila orang yang kita sayang di rampas. Aku berperang dengan perasaan sendiri. Tidak seorang pon yang tahu aku menyimpan perasaan pada suami orang tersebut. Allah Maha Berkuasa, aku tak tahu macam mana....tiba-tiba menjadi kecoh yang aku suka pada lelaki tersebut. Malunya aku rasa tak terkata. Terus terang aku bagitahu, dengan lelaki tersebut aku jadi lidah kelu, gelabah....Ada satu hari tu, ada ke patut kawan aku nak kenakan aku. Kebetulan dia yang lalu. Kawan aku boleh cakap camni "encik...dia suka (sambil tunjuk aku). Dia sanggup jadi nombor dua".....aaiiissshhh...bengangnya aku bukan kepalang. Sebelum kejadian tu, aku nak drive kereta,patutnya aku move kedepan.Dia lalu sebelah kereta aku terus gelabah. Aku pergi reverse. Dia pon apa lagi...sergahnya aku...malunya.....Semenjak banyak peristiwa yang membuat aku rasa malu untuk berhadapan dengan dia, aku macam kerek laaa.....aku agak mesti dalam hati dia cakap aku ni bajet dan macam bagus kan..huhu...aku hanya mampu melihat dia dari jauh aje. Salahkah aku??Hati...tak boleh menipu. Aku terjatuh hati pada orang yang salah.....aku hanya berdoa supaya aku dapat membuang perasaan aku terhadap dia. Kadang-kala aku tertanya-tanya, siapalah pemilik tulang rusuk aku ni. Dan sekarang ni aku hanya mampu berdoa supaya dijodohkan dengan seorang lelaki yang boleh menerima diri aku dan keluarga aku seadanya. Yang ikhlas menyayangi aku dan keluargaku. Yang boleh menampung taraf hidup, tidaklah terlalu mewah dan tidak pula terlalu daif. Yang boleh membimbing aku dan zuriat-zuriat kami kelak ke jalan di redhai Allah. Paras rupa biarlah sekadar sedap mata memandang........insyaAllah.....Amin~

No comments:

Post a Comment