Thursday 17 November 2011

Depan aku kau caci dia, belakang aku KAU CINTA DIA

Dulu aku sering terfikir kenapa aku tidak dikurniakan seorang sahabat yang betul-betul boleh aku percaya dan luahkan segala masalah. Melihat hubungan baik antara Aqilah dan Syira, buatkan hati aku sentiasa terdetik alangkah baiknya kalau dikurniakan seorang sahabat yang setia. Tinggal dirumah sewa tanpa dikelilingi keluarga terasa begitu asing. Namun penantian itu berakhir tatkala Miya masuk menyewa ke rumah sewaku.
Miya....menjelaskan perwatakan dia memang tidak dinafikan dia seorang yang cantik. Usianya sebaya denganku dan bekerja sebelah dengan pejabatku. Hubungan aku dengan Miya agak rapat apatah lagi dia hadir tatkala aku memerlukan seorang insan bernama sahabat untuk berkongsi suka dan duka. Hampir sebulan mengenalinya, aku dapat rasakan kami ada keserasian. Perangai 'gila-gila' Miya sering membuatkan aku ceria. Lebih membuatkan kami berdua akrab, rupa-rupanya Miya satu kampung dengan teman lelakiku yang bekerja tidak jauh dari pejabat kami.
Dengan Miya lah aku sering mengorek rahsia Adly, buah hatiku. Jika diikiutkan hubungan aku dengan Adly sudah terjalin hampir setahun. InsyaAllah hujung tahun ini kami merancang untuk mengikat tali pertunangan. Aku sendiri tidak pernah menyangka lelaki setampan Adly boleh tertarik dengan gadis kampung seperti aku. Namun aku tetap bersyukur kerana dia seorang lelaki yang baik. Atas kesempurnaan itu aku tidak menafikan Adly diminati ramai wanita. Malah Miya seboleh-bolehnya dia ingin mencari teman lelaki seperti Adly. Adly kacak dan berjawatan tinggi. Cuma apa yang tidak sedap didengar, sering kali aku mendapat perkhabaran yang kurang baik bila bertanyakan soal Adly pada Miya.

Wednesday 9 November 2011

Tanda-tanda Lelaki Menolak Cinta Kamu!!!

Walau perlahan tapi pasti, seorang lelaki berjaya mencuri hati kamu. Namun sayang, sekian lama menunggu, se dia masih tidak mengucapkan kata-kata cinta walaupun kamu sering beri perhatian khusus untuknya. Cuba fikirkan semula, kemungkinan cinta kamu sebenarnya hanya bertepuk sebelah tangan. Berbeza dengan perempuan, lelaki selalunya agak sukar menolak perhatian yang diberikan oleh perempuan walaupun mereka sebenarnya tidak suka. Oleh itu, supaya kaum hawa terhindar dari situasi tersebut, perhatikan tanda-tanda penolakan yang lelaki berikan seperti berikut :