Thursday 27 October 2011

Kenapa Perempuan Masih Single??

  • PARAS RUPA
    - Memang tidak dinafikan paras rupa sesorang individu itu penting. Kebiasaannya kebanyakkan lelaki akan melihat pada paras rupa seseorang terlebih daluhu. Sekiranya sudah tertarik pada personaliti perempuan tersebut, barulah lelaki akan bertindak selebihnya untuk mengenali hati budi masing- masing. Namun, jangan sesekali merasakan anda tidak cantik. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Kecantikan itu adalah subjektif. Lain individu lain citarasanya. So...setiap kita adalah unik!

  • PENAMPILAN DIRI
    - Penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai pakaian yang selekeh, comot dan agak berbau...tidak mustahil susah untuk mereka dekati. Walaupun tidak cantik tetapi sentiasa kemas dan bersih akan menyebabkan anda lebih mudah untuk didampingi. Tidak perlu untuk pakaian yang mahal-mahal dan berjenama tetapi biarlah bersih, kemas serta bersesuai dengan keadaan sekeliling. Janganlah pula ketika menziarahi pengkebumian anda pakai seluar jeans or mini skirt.

  • TUTUR BAHASA DAN ADAB SOPAN
    - Perempuan timur terkenal denga adab sopan dan tutur bahasanya tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada segelintir perempuan diluar sana yang sering terpekik & mencarut sana sini dan gelak pula sudah menyerupai pontianak. Malah ada juga perempuan yang mengurat lelaki.....peeewwwwiiittttt???sudah terbalik agaknya apabila perempuan pula yang mengurat lelaki. Perkara seperti ini yang menurunkan saham perempuan. Kan lebih ayu dan manis kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan tapi janganlah terlalu plastik hingga menyebabkan individu lain menyampah......

  • TIDAK YAKIN PADA DIRI SENDIRI
    - Perempuan yang masih single sekarang selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka merasakan diri mereka tidak layak untuk lelaki tersebut. Mereka fikirkan tiada siapa yang mahukan mereka. Mereka berasa terlalu rendah diri hingga kadang kala tidak percaya bahawa ada lelaki menyukai dirinya. Setiap manusia telah dijadikan berpasang-pasangan cuma cepat atau lambat sahaja. Walaupun kekurangan fizikal atau sebagainya, itu tidak bermakna meraka tidak mempunyai jodoh. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda mempunyai kelebihan dan kebaikan yang mungkin anda sendiri tidak sedari....

  • SERIK UNTUK BERCINTA
    - Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta lagi. Memang tidak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang perit dan memedihkan. Tiada siapa yang gembira sekiranya ditinggalkan orang yang disayangi dan dicintai. Oleh itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri anda. Kongsi kepada rakan-rakan terdekat. 

No comments:

Post a Comment