Wednesday 9 November 2011

Tanda-tanda Lelaki Menolak Cinta Kamu!!!

Walau perlahan tapi pasti, seorang lelaki berjaya mencuri hati kamu. Namun sayang, sekian lama menunggu, se dia masih tidak mengucapkan kata-kata cinta walaupun kamu sering beri perhatian khusus untuknya. Cuba fikirkan semula, kemungkinan cinta kamu sebenarnya hanya bertepuk sebelah tangan. Berbeza dengan perempuan, lelaki selalunya agak sukar menolak perhatian yang diberikan oleh perempuan walaupun mereka sebenarnya tidak suka. Oleh itu, supaya kaum hawa terhindar dari situasi tersebut, perhatikan tanda-tanda penolakan yang lelaki berikan seperti berikut :




  1. Bertanya Tentang Kawan Kamu
    *
    Si dia kerap menanyakan tentang kawan wanita kamu, bahkan meminta kamu untuk mengajaknya menonton wayang atau keluar bersama-sama. Boleh dikatakan si dia tidak tertarik pada kamu. Bila si dia semakin kerap menunjukkan kekaguman pada kawan kamu, adalah lebih baik lupakan si dia sebelum hati terlanjur berharap.

  2. Mencadangkan Kawan Lelakinya Untuk Kamu
    *
    Sejak kebelakangan ini si dia semakin serius mempromosikan kawannya yang dirasakan sesuai untuk kamu. Bahkan si dia turut membuat perancangn untuk pertemukan kamu berdua. Kemungkinan ini adalah cara si dia menebus perasaan serba salah kerana menolak kamu. Jangan terburu-buru menolak tawarannya, tak salah berkenalan dengan kawan yang diperkenalkannya. Siapa tahu, kawanya itu menepati cita rasa yang kamu cari selama ini.

  3. Selalu Sibuk
    *
    Si dia semakin susah untuk dihubungi dan memberikan pelbagai alasan untuk mengatakan bahawa dia sedag sibuk. Mungkin si dia memang sibuk, tapi adalah lebih besar kemungkinan bahawa si dia sedang berusaha menghindarkan diri daripada kamu.

  4. Berbeza Pendapat
    *
    Ketika bersama kamu, si dia gemar membincangkan topik-topik yang kamu tidak suka atau juga perkara yang membosankan. Bila kamu menyatakan perkara-perkara yang kamu suka, si dia menyatakan sebaliknya. Berdasarkan sikapnya itu, seharusnya kamu sedar bahawa si dia sedang berusaha membuat kamu semakin tidak menyukainya.

p/s : Kesimpulannya, menerima penolakan bukan sesuatu perkara yang menggembirakan. Untuk beberapa ketika, mungkin kamu akan berasa terluka tapi hadapi saja dengan hati yang tenang. Jangan sampai bersikap emotional, memburuk-burukkan dia serta mencaci. Apatah lagi sekiranya si dia memang kawan yang baik untuk kamu. Lihatlah penolakan tersebut sebagai jalan untuk kamu bertemu orang yang lebih baik dan tidak akan membuat kamu menyesal di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment