Thursday 20 October 2011

wanita dan epal

Wanita ini ibarah sebiji epal. 
Epal yang tidak berkualiti amat mudah untuk diperolehi kerana ianya berguguran jatuh ke tanah.
Namun epal bernilai dan berkualiti berada dipuncak. Susah untuk dipetik susah juga untuk digapai.
Kadang kala epal yang berada dipuncak itu risau... 
"mengapalah diriku ini masih belum dipetik sedangkan epal lain sudah gugur dan diambil. Adakah mereka tidak menyukaiku??"
Lantas dia merendahkan martabat dirinya dan menggugurkan diri menyembah tanah untuk diambil sama seperti epal-epal yang lain. 
Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tidak ada sesiapa yang mampu dan berani untuk memetiknya. Hanya insan yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan didunia tetapi di akhirat??
Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi....
Janganlah kita sebagai wanita merendahkan martabat kita hanya kerana ingin memiliki dan dimilki....

No comments:

Post a Comment